SELAMAT DATANG! ANDA ADALAH TETAMU YANG KE

free hit counter

Thursday, July 9, 2009

PENDAHULUAN


Sejarah merupakan matapelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun. Oleh itu, kurikulum Sejarah pada peringkat Sekolah Menengah Rendah (SMR) mestilah mempunyai kesinambungan pada peringkat Sekolah Menengah Atas (SMA supaya asas-asas pengetahuan, niali-nilai murni, kemahiran belajar dan pengalaman yang diperoleh dapat diperkukuh dan diperkembang.

Rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan tentang sejarah dunia luar supaya berkemampuan untuk bersaing dengan mereka. Maka, adalah penting pendidikan Sejarah memperkenalkan para murid kepada dunia luar memnerusi kurikulum futuris yang terus menekankan kepada pendidikan bertaraf dunia yang berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi.

Sehubungan itu, Sejarah sebagai satu cabang ilmu perlulah ditekankan sebagai ilmu yang praktikal dalam kehidupan seharian dan mampu membentuk setiap warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik.

0 comments:

Post a Comment

 

Term of Use

No Copyright!

Search

Sejarah Copyright © 2009